06 March 2015

Pelakon lelaki ditahan miliki syabu dan senjata api

06/03/2015 7:23pm

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana memiliki syabu di sebuah hotel di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pada pukul 9 malam itu, pelakon tersebut berada di dalam sebuah bilik.
Beliau berkata, turut dirampas daripadanya adalah sepucuk senjata api tiruan.
"Dia kini dalam proses tahanan reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206)," katanya.
Pelakon itu, pernah dua kali ditahan kerana terlibat dengan dadah pada Mac 2010 dan Jun 2013.
Dalam kes pertama, dia dibebaskan daripada tuduhan memasukkan syabu ke dalam badannya, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000.
Bagi kes kedua, dia bersama empat rakannya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan memiliki methamphetamine. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive