24 October 2014

Tunku Mahkota Johor - Cik Puan Khaleeda Sah Suami Isteri [Gambar2]

20141024-134225.jpg
Alhamdulillah, sebentar tadi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru telah berlangsungnya majlis pernikahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 sah dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21. Selain itu juga, ketibaan Tunku Ismail di Istana Bukit Serene jam 10 pagi tadi diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran. Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.
Beberapa pemain pasukan naungan Tunku Ismail, Johor Darul Takzim (JDT), seperti Aidil Zafuan dan Syafiq Rahim antara yang hadir di majlis tersebut.
Sungguh sederhana majlis pernikahan TMJ dan juga Cik Khaleeda dengan dihadiri kenalan terapat. Jom lihat gambar-gambar semasa majlis pernikahan itu berlangsung.
Sumber : Berita Harian, Astro Awani, Foto Instagram Aidil Zafuan dan juga Laman Twitter LuaskanKuasa
20141024-134236.jpg
20141024-134231.jpg
20141024-134247.jpg
20141024-143503.jpg
20141024-143509.jpg
20141024-143516.jpg
20141024-143522.jpg
20141024-143531.jpg

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive